TENOM: Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia menolak untuk menerima panggilan video daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew sebaliknya hanya membenarkan panggilan biasa sahaja.
Wanita berusia 40-an itu berkata demikian selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah itu di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad dalam pemeriksaan utama sebelum itu bertanya maksud teks perbualan dalam tangkap layar aplikasi WhatsApp antara saksi dan tertuduh iaitu "panggilan biasa boleh, panggilan video tidak boleh".
"Maksud saya nak panggilan biasa, bukan panggilan video...saya tidak mahu (panggilan video)," katanya ketika memberi penjelasan maksud teks tersebut.
Saksi itu berkata ada ketika Lew membuat panggilan video kepadanya tetapi beliau tidak mahu memperlihatkan wajahnya kerana berada dalam keadaan tidak bertudung.
Semasa memberi penjelasan beberapa teks perbualan dalam aplikasi WhatsApp itu, wanita itu tidak dapat menahan sebak sehingga Nor Azizah meminta mahkamah berehat seketika untuk menenangkan saksi.
Saksi itu membuat penjelasan lebih 200 teks daripada 436 tangkap layar perbualan dalam aplikasi WhatsApp yang telah dikeluarkan daripada telefon bimbit saksi melibatkan kes itu.
Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan disambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024
Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021. - Gambar fail/Sinar Harian
Kerajaan Negeri Pulau Pinang beri sumbangan kepada Faisal Halim
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Juruteknik maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44 Jalan Alor Setar-Butterworth di pada Sabtu.
Johor sedia RM10 juta naik taraf enam taman negara
Kerja naik taraf itu membabitkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi pelancongan berkenaan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.
Indonesia kecam serangan bakar jahat ke atas ibu pejabat UNRWA
Insiden itu tidak dapat diterima kerana ia menjejaskan ibu pejabat sebuah agensi PBB yang beroperasi dalam sektor kemanusiaan.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Patuhi adab, etika semasa ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah
Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Juruteknik maut kenderaan bertembung
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan.
Langsaikan hak kita sebagai pengundi
Warga emas yang terlantar di atas katil akibat lumpuh sanggup mengundi dan beliau nasihatkan semua pengundi supaya menunaikan hak.
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
Semua cawangan Elews Mart ditutup bermula 15 Januari lepas?
Tinjauan di laman sesawang rasmi Elews Mart mendapati tiada notis dikongsikan di dalamnya.
Perbicaraan Ebit Lew disambung Mei depan
Perbicaraan pendakwah terkenal Ebit Lew, akan bersambung pada Mei depan dengan memanggil semula pengadu sebagai saksi kesembilan untuk memberi keterangan di Mahkamah Majistret Tenom.
'Berdosa sangat pada suami, di belakang saya layan ustaz Ebit Lew' - Saksi kesembilan
Pengadu dalam pada itu turut membaca salah satu gambar tangkap layar yang memaklumkan bahawa dia sempat membuat tangkap layar termasuk wajah pendakwah tersebut.
Saksi tolak panggilan video daripada Ebit Lew
Saksi itu berkata ada ketika Lew membuat panggilan video kepadanya tetapi beliau tidak mahu memperlihatkan wajahnya kerana berada dalam keadaan tidak bertudung.
Ebit Lew kerap hubungi, hantar gambar, tunjuk kemaluan - Pengadu
Pengadu kes Ebit Lew memberitahu mahkamah dia kerap menghubunginya melalui panggilan telefon dan video selain menghantar gambar serta menunjukkan kemaluan.
Kes Ebit Lew: Sedia penghadang untuk pengadu beri keterangan
Pengadu wanita merupakan saksi pendakwaan yang kesembilan bagi memberi keterangan di mahkamah.
Kes Ebit Lew: Saksi tidak tahu 17 gambar kemaluan lelaki milik siapa
Inspektor Yip Chang Ching tidak tahu 17 gambar kemaluan lelaki yang didedahkan dalam keterangan di mahkamah adalah milik siapa.
Saksi tidak bersetuju malukan Ebit Lew
Saksi kes perbicaraan Ebit Lew memberitahu bahawa beliau tidak memalukan tertuduh dengan melakukan ekstrak daripada telefon bimbit milik pendakwah tersebut.
Kertas siasatan kes Ebit Lew diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara
Polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes rogol melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.
Kes rogol: Polis rekod keterangan Ebit, Mondy
Keterangan itu termasuklah daripada Ebit Lew, pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Ariz Ramli atau Caprice.